Monday, 30 April 2018

Masih Ada Sesuatu

MASIH ADA SESUATU

Jika ada satu nikmat Allah yang kau tiada,
Masih ada banyak lagi yang kau sedang terima,
Jika ada seorang yang menyakitimu,
Masih ada ramai lagi manusia yang menghargai pengorbanan dan kehebatanmu.

Tahukah engkau bahawa Allah memiliki 99 nama lagi?

Dalam begitu banyak namanya,
Mengapa yang diminta kita sering mengulangnya ialah Ar-Rahman dan Ar-Rahim?
Bukankah Dia juga Yang Maha Menyeksa,
Yang Maha Memberi Bahaya?
Namun Allah lebih suka kita mengingatinya,
Sebagai Yang Maha Pemurah,
Yang Maha Mengasihani,
Tahukah engkau apa maknanya?
Itu bererti Allah bersama makhluk-Nya,
Allah sentiasa mahu membantu kita,
Lalu teguhkanlah imanmu,
Allah tidak menzalimi sesiapa,
Kalau ada kesakitan yang sedang kau tanggung ketika ini,
Kalau ada penderitaan yang sedang kau hadapi,
Yakinlah ia menyucikan segala dosa-dosamu,
Allah sedang meninggikan darjatmu,
Dan Allah bersamamu selalu. ❤

-PH-

TRUST IN HIM, & YOU WILL BE FINE ❤❤

Friday, 27 April 2018

BAGAIMANA MULAKAN BISNES SHAKLEE

Assalamualaikum

Hai

Sekarang ni memang mood #BisnesProjekSaving #Batch2
Ada hampir 10 tips okay.
Tips ni hasil perkongsian Master Cik Jan.
Meriah ❤


Step by step nak start bisnes Shaklee dengan cara mudah.


(1)
❤Daftar AHLI RM79.80
@
❤Join member secara percuma dengan 200uv @ pembelian lebih kurang RM700 keatas.

Dah siap didaftarkan anda akan dapat  
ID SHAKLEE ANDA YANG SAH

Tahniah
*tepuk tangan* 

Then baru boleh start bisnes Shaklee.
Yeayyy



(2)
Bila dah jadi ahli & sudah beli barang mestilah consume produk sungguh-sungguh.

Barulah kita ada feel untuk nak share kebaikan produk dengan kawan-kawan & customer lain.

Bila kita sendiri jadi testimoni, orang lain akan confident nak beli tau.



(3)
Jangan niat bisnes nak bayar hutang. Sebabnya bila kita niat untuk sebab HUTANG, anda pasti giveup.

Sebab dapat je bonus nak kena bayar hutang.

Berbeza niat bisnes sebab nak bantu kawan-kawan lebih sihat, nak bantu tingkatkan ekonomi keluarga.

Niat adalah nak beri servis yang terbaik dan produk yang terbaik.

So betulkan niat okay.


(4)
Even baru sehari anda guna produk, dah boleh mula sharing.

Share segala info produk kat semua medium.
Facebook
Instagram
Blog
Twitter

Just keep on sharing sebab ada je prospek yang suka tengok dan tergoda dengan sharing post anda.

Jangan seminggu sekali je buka kedai. Lepas tu berminggu-minggu tutup kedai tak buat sharing apa pun.

Ada yang cakap ada je beli even tak share.
Cuma yang beli itu adalah circle kecil kita je tau. Kawan-kawan, saudara-mara kita.

Cuba fikir balik.
Kita bisnes tadi niat nak bantu orang sihat kan? Takkan nak bantu sekelompok kecil je.
Kan? Kan?



(5)
Ini adalah untuk kita warkan pada semua kawan-kawan yang kita dah sah menjadi SID.

LIVE & VIDEO sangatlah membantu untuk naikkan ranking view FB tauu.



(6)
TARGET ni jangan anggap ianya perkara yang remeh. Inilah penentu kita AIM capai impian kita.

Tiada target ibaratnya kita bisnes tanpa ada penanda aras.



(7)
Siapa tak kenal mentor siapa tak kenal upline memang rugi.

Sebabnya merekalah yang dah banyak makan garam masa buat bisnes.

Jadi mereka ini banyak cara yang boleh kita belajar untuk terus capai kejayaan tanpa ambil masa yang lama.

Mereka dah tebas segala lalang, dah tarah bukit untuk jadikan highway kepada kita untuk speed laju-laju tau.

So dekati upline kita dan hargai mereka. 
Apa yang mereka ajar terus buat nota okay.
hihi

Hormat. Ini sangat penting okay. Kita ni nak cari ilmu bisnes kena lah hormat upline kita. Dengan hormat baru berkat ilmu ni semua.
Jangan ada dusta okay. hihi

Okay cuba fikir macam ni:

Nak dapat income besar-besar.
Nak bawa mak & keluarga kita ke Mekah.
Nak bantu tingkatkan pendapatan keluarga.
Nak beli rumah.
Nak merasa beli kereta.
Nak buat banyak saving.

Semua 'NAK' ni lah kita kena rapat dengan upline. Faham?


(8)
Okay ini kena rajinkan membaca, refer pada buku produk. Rajinkan bertanya dalam group jika kurang pasti. Rajinkan juga berkawan denagan Mr.Google. Buat bff okay. hihi


(9)
Solat Dhuha.
Zikir.
Selawat.
Istigfar 100x.
Al-Waqiah.
Ya Wahhab 300x.
Solat awal waktu.
Bersedekah.

Yang ni memang kita kena amalkan okay. Dimana-mana pun kena amalkan.
Seha ingat lagi time mula-mula Seha join Shaklee. Kak Izzah Rosely ni upline Seha. 
'Ibu' dalam Shaklee, yang selalu ingatkan Seha tentang amalan ni semua. Time tu Seha terpikir beruntungnya dapat upline macam Kak Izzah. hihi
So ada yang nak join team hebat ni?
Roger je Seha okay.❤


(10)
Last tips, ini la yang kita juga kena amalkan okay. 

Kita self talk dengan diri kita sendiri.
Kita puji diri kita.
Kita cakap yang baik-baik dengan diri kita.

Setiap pagi or sebelum nak tidur tu kita cakap depan cermin. Cakap dengan gaya dan suara yang bersungguh-sungguh. Bagi hapuskan suara kecil yang selalu jadi batu penghalang.

Then, BERDOA.

"Ya Allah, sesungguhnya ilmu aku tak cukup bagus dalam bisnes ni. Ajarlah aku dengan ilmu bisnes yang hebat supaya aku boleh beri rezeki kepada mak ayah aku. Aku boleh ajar downlines aku supaya mereka juga boleh beri rezeki pada mak ayah mereka juga".

"Ya Allah, temukan aku dengan downlines yang hebat berniaga. Yang lebih hebat dari aku. Supaya aku boleh grow bisnes aku ini".

"Ya Allah, jadikan aku leader yang hebat. Walaupun seletih mana pun diri, aku tak abaikan mereka. 
Berikan kekuatan dan keikhlasan dalam memberi ilmu yang bermanfaat untuk mereka lebih mudah faham perjalanan bisnes".


Kekuatan kita juga adalah BERDOA.
Semoga kita semua pegang pada janji diri kita untuk berubah menjadi jutawan muslimah yang kaya dan berjaya dunia dan akhirat.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin
❤❤❤

For those yang buat bisnes apa-apa pun boleh guna tips ni okay. 
Semoga awak yang baca blog Seha ni dipermudahkan segala urusan okay.
Semoga awak semua sentiasa dalam kasih sayang Allah. 
Amin.

☺☺☺


Nak join team hebat ni? Roger je Seha okay
@ boleh follow IG Shaklee Seha okay.☺

#ShiningStars #LegacyAlAuf 
#BisnesProjekSaving #Batch2

Bye!

❤Jengka / Temerloh
❤Seha Hamzah
❤Shaklee ID : 1273601
❤Msg / whatsapp : 017-9208706
❤Postage : Seluruh Malaysia
❤IG : Mys_beauty19










Wednesday, 25 April 2018

HALAL KE SHAKLEE NI? #BisnesProjekSaving #Halal #KKM

Assalamualaikum

Hai

Okay sekarang dalam mood #ProjekBisnesSaving 
#Batch2

Macam yang Seha cakap sebelum ni. Setiap hari mesti ada class hasil perkongsian Master-master Shaklee. 

Untuk info first class boleh tengok sini
http://fasihahhamzah.blogspot.my/2018/04/bisnes-projek-saving-shaklee-batch2.html


Untuk second class pula boleh tengok sini
http://fasihahhamzah.blogspot.my/2018/04/assalamualaikum-hai-holaaa.html




Okay sekarang untuk class yang ketiga. 
Are you ready guys...


HALAL KE SHAKLEE NI?


Firstly, Seha nak tanya, kalau tengok pada botol Shaklee ada printed HALAL tak?

Ermm ada tak??

Kalau perasan memang tiada pun printed HALAL pada botol Shaklee.

Mesti terkejutkan? 
Jangan risau okay.

Produk Shaklee merupakan Produk International dari US. So, ada satu badan international yang membuat semakan ke atas produk Shaklee.




Ada rasa pelik tak tengok SIJIL 
HALAL SHAKLEE ni?

Mesti ada yang bertanya kenapa SIJIL HALAL SHAKLEE ni bukan dari JAKIM?

Shaklee ini disahkan HALAL oleh ISA, dan ISA pula adalah badan pensijilan HALAL yang diiktiraf oleh JAKIM.


Btw perkongsian kali ini dari
 Master Cikjan & Master Ani.
#BisnesProjekSaving
#Batch2





❤SIAPA ISLAMIC SERVICES OF AMERICA (ISA)❤

ISA ini diiktiraf sebagai salah satu badan agama Islam dibawah JAKIM tetapi ia bertempat di Amerika Syarikat (USA).

Satu badan Islam seperti JAKIM di Malaysia yang mengawalselia status halal.

Islamic Services Of America (ISA) antara senarai badan Islam luar negara yang sangat tegas dan paling sukar dalam memberikan sijil halal di US.

Prosedur untuk mendapatkan sijil halal Shaklee ini sangat ketat.





Pertama sekali, kita perlu tahu bahawa setiap negara mempunyai badan pengeluaran sijil halal yang tersendiri.

Contohnya, di negara:

(1) Malaysia, ada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

(2) Singapura, ada Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS)

(3) United States of America, ada Islamic Food and Nutrition Council Of America (INFANCA) &
Islamic Services Of America (ISA)

Setiap badan pengeluar sijil halal sesuatu negara, hanya boleh keluarkan sijil halal untuk produk keluaran negara tersebut sahaja.

Badan pengeluar sijil halal negara tersebut tidak boleh sesekalipun berikan sijil halal untuk produk keluaran negara lain.

Contohnya:

Produk keluaran Malaysia, haruslah mempunyai sijil halal dari JAKIM.

Produk keluaran USA, haruslah mempunyai sijil INFANCA @ ISA.

JAKIM tidak boleh sesekali letak logo halal JAKIM pada produk keluaran USA.

Produk Shaklee dihasilkan dan dibungkus di USA.

Kemudian, barulah diimport untuk dibawa masuk ke Malaysia.

Oleh kerana produk Shaklee ialah produk keluaran USA, maka sewajarnya produk Shaklee mendapat sijil halal daripada badan pengeluar sijil halal di USA.

Ini maklumat mengenai halal accreditation oleh JAKIM, di laman rasmi ISA.



SIJIL HALAL SHAKLEE DIIKTIRAF JAKIM

Untuk produk Shaklee, sijil halal Shaklee dikeluarkan oleh Islamic Services Of America (ISA). 

ISA berada di nombor 55 dalam senarai badan pengeluar sijil halal luar negara yang diiktiraf JAKIM.





❤KENAPA JAKIM SENDIRI TIDAK KELUARKAN SIJIL HALAL UNTUK SHAKLEE?❤

☝Kerana Produk Shaklee dibuat di kilang USA, maka selayaknyalah badan ISLAM di sana yang membuat pemeriksaan berkala, dari segi kebersihan, status sembelihan, status halal setiap bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk Shaklee.

☝Proses mengeluarkan sijil halal bukannya semudah menyemak bahan mentah yang digunakan.

☝Ia melibatkan pemeriksaan hasil sembelihan, proses sembelihan, status haiwan yang disembelih, dan badan HALAL perlu membuat pemeriksaan mengejut
 (ad-hoc check up / ambush) ke atas kilang-kilang dan pusat sembelihan untuk memastikan memang prosedur halal dipatuhi sepanjang masa.

Jadi semua produk Shaklee ni anda boleh refer dalam SIJIL HALAL SHAKLEE.

Tidak perlu risau okay. ☺

Shaklee guna bovine.
Bovine tu dari lembu.

Dan jangan risau bab sembelih ikut syariat ke tidak. Sebab badan ISA tu dah make sure semua cukup syarat then baru bagi kelulusan halal.

Dalam produk Shaklee, ada gelatin yang digunakan untuk buat softgel.

Lecithin
CarotoMax
Vitamin E
Omega Guard

Dan lain-lain softgel dibuat oleh gelatin bovine. Ini dikilangka di Kanada.
Dimana dia di bawah BANNER PHARMACAPS Canada.

Banner Pharmacaps (Canada) ni adalah syarikat penghasilan barangan pharmaceutical & nutrition terbesar di dunia.

Dan ia disahkan HALAL oleh INFANCA 
(A Publication of Islamic Food and Nutritional Council of America).
Inilah bukti yang terdapat dalam 
Halal Consumer Magazine.




Banner pharmacaps ada dalam list INFANCA



So dah tengok HALAL, kita pun nak tahu juga ada kelulusan KKM ke tidak kan?

Untuk semua produk farmaseutikal termasuklah supplemet, perlu kepada kelulusan pihak berkuasa kelulusan dadah (PBKD).

Melalui:

Bahagian regulatori farmasi negara
(NPRA)

Dan kemeterian kesihatan malaysia
(KKM)

Okay bila dah lalui proses-proses yang diperlukan, ujian dan semakan, produk itu jika menepati apa yang digariskan akan dapat kelulusan.


Tanda nak tahu produk itu daftar ke tidak,
ada 2 ciri yang boleh kita cek:

(1) Nombor pendaftaran
(2) Pelekat hologram tulen

Nombor pendaftaran biasanya mula dengan
'MAL xxxxxxxx'. (nombor okay)



Nombor pendaftaran




Hologram







Omega Guard Shaklee kategori N




Vitalea Shaklee kategori X




Garlic Shaklee kategori T


Diklasifikasikan ikut ingredient yang ada dalam sesuatu produk okay.


Okat next


Macam mana nak cek betul ke tidak produk Shaklee ni lulus KKM?

Okay boleh tekan link ni untuk cek ada kelulusan KKM 

http://npra.moh.gov.my/q3plus/index.php/products-search 

Walau bagaimanapun...

Jangan terkejut okay kalau ada sesetengah produk tiada nombor KKM.



Ini antara produk yang tiada nombor kelulusan KKM.

Kenapa???

SEBAB MAKANAN.
Yang masuk under lebel food tiada nombor okay.

Ia dikawal oleh bahagian keselamatan dan kualiti makanan (BKKM).

 Shaklee ada sijil halal.
Jadi tak perlu ragu-ragu.

Shaklee juga lulus KKM.
Once dah lulus KKM, maksudnya produk itu selamat.

Okay ✌
tata

☺☺☺


Nak tahu lebih details lagi tentang produk Shaklee boleh terus whatsapp Seha 
@ boleh follow IG Shaklee Seha okay.☺

#ShiningStars #LegacyAlAuf 

Bye!

❤Jengka / Temerloh
❤Seha Hamzah
❤Shaklee ID : 1273601
❤Msg / whatsapp : 017-9208706
❤Postage : Seluruh Malaysia
❤IG : Mys_beauty19






















Tuesday, 24 April 2018

OMEGA GUARD

Assalamualaikum
&
Selamat hari indah semua☺

Kali ni Seha nak share tentang supplement yang membantu kita untuk membakar lemak serta mengawal selera makan.

Malah, supplement ni sangat diperlukan oleh golongan kanak-kanak, ibu yang sedang hamil serta golongan lain.

Supplement apa?
Apa kebaikan supplement ni?
Penting ke untuk kesihatan?

Okay sila baca ni okay. hihi


Tadaaa...☺





SHAKLEE OMEGA GUARD

Ringkasnya ia adalah supplement daripada minyak ikan yang membekalkan satu rangkaian asid lemak Omega-3 yang terdiri daripada EPA, DHA, ALA dan lain-lain.



DHA & EPA merupakan asid lemak3 yang ditemui dalam ikan laut dalam 
(sardine, mackerel, herring & anchovies) di perairan Negara Jepun. 





DHA & EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf & fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.

Satu hidangan Omega Guard menyediakan 1000mg asid lemak omega3 termasuk 
DHA & EPA.




Asid lemak ini tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita, maka, kita haruslah mengambilnya daripada sumber makanan luar seperti ikan salmon, sardine, mackerel, herring & anchovies.






ASID LEMAK OMEGA-3 ADALAH 
LEMAK YANG TIDAK MENGGEMUKKAN

Kita semua tahu bahawa asid lemak Omega3 
memberi pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh manusia, seperti meningkatkan peredaran darah, kesihatan otak & menggalakkan kesihatan sendi.

Tetapi adakah anda semua tahu ia juga boleh membantu mengurangkan berat badan yang berlebihan apabila disertai dengan senaman yang berkala & pemakanan yang seimbang?

Jom dapatkan tubuh yang menawan dengan lemak sihat ini! ❤



MENGAWAL ATUR TAHAP LEMAK BADAN YANG SIHAT

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan merupakan salah satu faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan berat badan.

✌Meningkatkan kadar metabolik
-kadar kalori badan yang anda bakar dalam sehari

✌Menigkatkan kadar pembakaran lemak

✌Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot badan semasa bersenam & menambahkan keupayaan tubuh untuk membakar lebih banyak lemak

✌Mengawal paras lemak yang sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita



MENYEIMBANGKAN RASA KENYANG

Dua hormon utama (ghrelin & leptin) 
-berperanan mengawal rasa lapar & kenyang.

✌Meningkatkan rasa kenyang
-anda berasa kenyang untuk tempoh masa yang lebih lama selepas makan



MENINGKATKAN PARAS INSULIN YANG SIHAT

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga.

✌Meningkatkan kepekatan insulin badan
-semakin peka sel-sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita makan disimpan sebagai lemak



MENGURANGKAN TEKANAN

Tekanan boleh menyumbang kepada peningkatan berat badan.

✌Membantu mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan yang menyebabkan anda menyimpan lemak, bukannya membantu membakar kalori-kalori yang degil.


SIAPA PERLUKAN OMEGA GUARD?





APA FUNGSI OMEGA GUARD?









MENGAPA PERLU PILIH SHAKLEE OMEGA GUARD?






APABILA MEMILIH MINYAK IKAN YANG BERKUALITI,
PERHATIKAN CIRI-CIRI INI






ASID LEMAK OMEGA-3 ADALAH LEMAK YANG SIHAT @ 'BAIK' YANG DIPERLUKAN UNTUK MENYOKONG FUNGSI NORMAL TUBUH






OMEGA-3 BAIK UNTUK WANITA HAMIL,
PERMULAAN TERBAIK UNTUK SEORANG IBU


Di setiap peringkat kehamilan, bermula dari proses kelahiran hingga ke penyusuan, ianya adalah masa berharga untuk perkembangan sihat anak.

Salah satu asid lemak paling penting untuk ibu dan kesejahteraan bayi adalah asid lemak Omega-3 
*asid eicosapentaenoic (EPA) & asid docosahexaenoic (DHA)*


SEBELUM KEHAMILAN

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi
memainkan peranan penting dalam meningkatkan peluang anda untuk mengandung kerana ia:


Wanita
• Menyokong pengeluaran dan keseimbangan 
hormon.
• Membantu mengatur kitaran haid.
• Meningkatkan aliran darah rahim untuk
meningkatkan peluang mengandung.

Lelaki
• Meningkatkankepekatan sperma.
• Memainkan peranan utama dalam penghasilan sperma yang sihat.


KEHAMILAN

Apa yang anda ambil semasa kehamilan
menentukan kesihatan bayi anda. Tambahkan

Omega-3 di dalam pemakanan anda kerana 
ia:

Ibu

• Menurunkan risiko kelahiran pramatang.
• Menggalakkan tempoh kehamilan
optimum.
• Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan
akibat preeklampsia (tekanan darah tinggi semasa kehamilan).

BAYI
• Menggalakkan pertumbuhan janin yang sihat dengan meningkatkan aliran darah
dalam plasenta.
• Memudahkan perkembangan mata (retina) dan struktur otak dengan sewajarnya ketika
didalam janin.
• Mengukuhkan koordinasi mata-tangan pada bayi.
• Mengurangkan risiko bayi mengalami alahan.
• Menggalakkan perkembangan optimum otak, janin, mata, sistem imun dan saraf terutamanya semasa trimester ketiga.
• Menggalakkan perkembangan saraf otak.

SELEPAS BERSALIN & PENYUSUAN

Untuk pemulihan segera dan persediaan untuk penyusuan bayi, Omega-3:

IBU
• Mengurangkan risiko kemurungan
postpartum.

BAYI
• Menyokong proses kematangan otak semasa
tempoh lima tahun pertama kehidupan.
• Menggalakkan perkembangan saraf di dalam otak.
• Mengurangkan risiko alahan terhadap
makanan dan kulit sensitif-ekzema.
• Menyokong perkembangan penglihatan.
• Menggalakkan pola tidur yang lebih baik.





Kajian telah menunjukkan bahawa
ibu-ibu yang mengambil makanan
tambahan DHA semasa tempoh
kehamilan melahirkan bayi dengan
kemahiran menyelesaikan
masalah yang lebih baik pada
usia 9 bulan berbanding dengan
ibu yang tidak mengambil makanan tambahan.




Dalam Shaklee juga ada saranan pemakanan. Nak kurus ni bukan shortcut dengan hanya ambil supplement je. Tapi mesti kena jaga makan, buat senaman dan kena makan supplement dengan bijak. 

Contohnya lakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 30-60 minit untuk kebanyakan hari dalam seminggu. Tetapkan matlamat untuk lakukan 10,000 langkah @ lebih setiap hari.

Di bawah ada testimoni Omega Guard. 
Selamat membaca.
Okay tata ❤

☺☺☺


Nak tahu lebih details lagi tentang produk Shaklee boleh terus whatsapp Seha 
@ boleh follow IG Shaklee Seha okay.☺

#ShiningStars #LegacyAlAuf 

Bye!

❤Jengka / Temerloh
❤Seha Hamzah
❤Shaklee ID : 1273601
❤Msg / whatsapp : 017-9208706
❤Postage : Seluruh Malaysia

❤IG : Mys_beauty19


TESTIMONI OMEGA GUARD





























Faraalipbutter ❤️

Assalamualaikum 🌸 Hai semua. I nak share kebaikan 4  jenis Faraalipbutter iaitu premium Lip Care untuk kesihatan bibir 👄 Okay kalau ...